Saturday 16 June 2012

GT Dan Selungsung at sungai Tutong...during month of May..

Tak caya sungai Tutong da GT,ne dia member fishingdafun dah bukti kan.....GT dan Selungsung location berhampiran Pantai Seri Kenangan dengan teknik troling/menunda...



Thursday 7 June 2012

Tips memancing siakap admin dapat sedikit info hasil dari bacaan pengalaman beberapa blog tukang kail siakap putih(Selungsung) from negara jiran kita....sila ambil perhatian bro..no pain no gain......

Tips Pertama...
SIAKAP


Siakap adalah antara sasaran popular di kalangan kaki pancing. Pelbagai cara, teknik dan petua digunakan oleh kaki pancing untuk menumpaskan spesies ini. Namun begitu bukan semua kaki pancing yang dapat memenuhi hajatnya. Ianya banyak bergantung kepada usaha, pengalaman, teknik dan juga rezeki. Di sini saya selitkan sedikit info untuk panduan kita semua. Ini pun saya peroleh dari pembacaan. Mungkin kita dapat kongsinya untuk pengetahuan bersama.



1. Pilihlah lokasi terbaik yang mungkin kita sedia maklum di mana siakap selalu dinaikkan oleh kaki pancing. Siakap selalu mendiami muara sungai dan kawasan pokok bakau atau pokok nipah.


2. Siakap juga menggemari lubuk. Kita perlu kenal lubuknya, kerana siakap gemar berselindungi di sebalik akar, celah batu atau munkin di celah bot karam.


3. Umpan yang sering digunakan oleh kaki pancing biasanya udang hidup, ikan belanak gewang sama ada melalui kaedah lontaran atau tundaan. Selalunya kaedah tundaan selalu membuahkan hasil.


4. Mata pancing mestilah yang sesuai dan talinya pula perlu kekuatan yang tinggi sekita 50 paun, kalau tidak putih matalah anda. Kadang-kadang mata kail boleh lurus akibat rentapannya.


5. Ikan siakap selalunya dipancing sepanjang tahun.


Tips kedua...

ni cara aku ngail siakap di sandakan. dan mungkin berbeza dan takberkesan di tempat lain. apa pun, bagi yang ingin mencuba. dipersilakan.. Semua ini berdasarkan pengalaman dan bual bicara dari nelayan yang mahir tentang ikan ni..

umpan terbaik untuk pemburu siakap Sg Beruang adalah udang hidup bersaiz jari telunjuk dewasa atau lebih besar. ada juga pemancing yang guna gewang tapi jarang benar la dapat. hehehe.. bab casting tu diluar kemahiran aku.
perambut pulak adalah cukup ringkas. ada dua jenis mata kail yang selalu diguna ia itu mata kail biasa...


dan mata kail tuang atau lebih dikenali dengan hongkong hook.


perambut dari jenis tangsi cuma bersaiz 30lb ke bawah. nak lagi mudah dicakup ikan, guna lah 15lb ke 10 lb ke. hehehe aku cuma berani setakat 20lb je. tali tangsi akan disambung terus ke tali utama jenis sulam dengan ikatan yang anda gemari. FG ke, Albright ke atau uni to uni ke, atau figure of 8 ke atau simpul manuk boleh juga. hehehe.
pera,but sepanjang 2 depa adalah disyorkan. pendek sikit boleh juga... lepas dah sambung tali utama dan perambut, masukkan sebiji batu ladung. pastu ikat matakail.. mudah kan? untuk mata kail tuang, takyah guna mata ladung.. cukup ikatkan mata kail tu kat hujung perambut.. batu ladung kecik je toksah besar. biarkan udang tu boleh bawa berenang.. contoh batu ladung ada kat gambar pertama..
Untuk arus pasang surut dan keadaan air pulak, di lokasi pancingan siakap Sg beruang, arus pasang atau surut tidak membawa masalah yang penting arus perlu bergerak perlahan sekadar mampu melayangkan batu ladung. Kalau tiada arus, udang yang hidup akan menyorok di celah batu dan ini akan membuatkan pancing kita tersangkut. Air jernih amat diperlukan untuk memudahkan sang ikan terjumpa umpan. kalau keruh, alamat buntal je lah yang jumpa. Siakap ni kan pemalas. kalau sukar nak jumpa, mesti dia malas nak round cari.. hehehe..
no contoh atau sample mata kail dan batu ladung yang aku gunakan.. matakail bersaiz 12 atau 11 adalah disyorkan. memang kurang meyakinkan tapi percayalah. ini lah rahsia nelayan Teluk labuk dalam menawan sang siakap mega..


Tips ketiga....


Contoh.. Rapala Husky/Husky Jerk/Original Floating/Countdown/Shad rap, Nils Master Invisible/spearhead, Rebel Minnow, Bomber 'long A' dll
Jika suasana air sungai tempat berlainan.. agak kekuningan atau coklat sedikit. Warna sesuai adalah gewang berasas warna coklat/ gold/kuning/oren. Kiasan warna coklat/gold/kuning/oren dlm kondisi air coklat/kekuningan akan menghasil efek 'natural' jugak pada gewang.
Jika sungai itu berair 'hitam' dan agak gelap.. dan bila diuji dgn tapak tangan seakan warna nescafe o cair. Gewang warna 'aussie style' spt pink, biru terang, fire tiger agak sesuai. Tp kegemaran individu kawe, memilih biru terang atau pink utk menduga air begitu. jika gewang cetek (shallow diver) kawe pilih biru dan jika dalam pilihan Pink @'Elton John' (deep diver). Warna2 gewang aussie mmg terang2/shining. Ini kerana mat saleh aussie..berpegang prinsip 'Action is everything'. Sbb itu diorang mmg sengaja mengenakan warna yg melawan hukum 'natural'. Setau kawe Dave Killalea 'Killalure' yg mulakan trend ini utk mengatasi gewang finland yg dominasi pasaran Aussie pd awalnya spt Rapala & Nils Master.
Contoh air yg sememangnya patut lupakan niat casting kakap- Air teh tarik dan Kopi susu! Jika air begitu gewang2 apapun bergantung luck semata2!
Tp itu cuma panduan utk pilih gewang. Bab casting kakap bermula dari 'tgk air' utk tau selera ikan. Lepas tu mengesan kakap bermain dan tempat die menghendap. Plg best jika dgn die mnghambur dan menangkap anak ikan. Jika nak tau bunyi kakap menangkap.. ada bunyi 'Boof!!'. Dan ada gewang Mann's utk kakap (rupa mcm Mann's Stretch).. 'Dr. Boof Bait'.
Mancing kakap mmg kena usaha lebih sket, sbb susah mancing dgn semata2 bergantung pada nasib. Kena rajin dan disiplin utk ikut waktu air. Sifu kawe dulu cakap...'mung nok ngail kakap, mung kena belajor dulu berfikir macam kakap!'.
warna air jugak bleh mempengaruhi warna sisik kakap putih. Dari warna pun bleh anggarkan kualiti daging kakap putih.
kawe utk kakap.. 16-18lb mono. Jgn pilih tali jepun kerana diameter kecik x tahan geseran. Kawe pilih Maxima 'green' kerana lasak. Legend2 kakap Ganu selalunya fanatik dgn tali 'cap ikan kuning' kerana 'kurang spring'. Tali nih murah aja.. tp otai cuma gunakan utk naikkan dlm 2-3 ekor ikan, dan diorang buang dan isi baru.
Tali yg baru diisi dlm spool, WAJIB di 'buang spring' dulu utk elak masalah dimasa depan. Caranya.. selepas isi tali dlm spool JANGAN terus memancing. cuma pasang ladung.. dan casting la sekurang2 50 kali.. lagi byk lagi bagus. Baru tali takkan buat masalah spt bihun@birdnest.. lebih2 lagi kat baitcaster. Dan anda takkan mengeluh dgn tali diameter kasar spt MAXIMA.
Jika anda main casting gewang.. jika anda mmg pemancing aktif. Harus dibuang dlm hujung dlm 2-3 kaki setiap kali turun. Ini utk elakkan tali injured yg akan kecewakan anda nanti (sbb masa casting mmg tali akan bergeser dgn pelbagai struktur). Sbb itu jarang pakai tali yg mahal2.. - silverbarra (edited)
thanks silverbarra N~~


Terima kasih kepada mereka-mereka memberi info ne....Thanks bro....
Ane also hero of the past......



 License Ungah Pertama......................................









                                          License ketam first timer....




First timer...dapat kerapu at Lg 7.





                                           First time sekali tarek hatrick lauk merah boi...

 

                                             
                                              First time dua fish dapat with satu mata kail....
                                                orangnya biar rahsia.........






Hero of the Past...admin buzy...lah banyak picture nda beupload....so just kenangan hero of the past jer...
Fishingdafun turun ka JPMC dan Kuala Tutong on 07062011

Ungah pada 25.04.2012.




Ne lah members fishingdafun dan hasilnya jadi begini....