Tips Pertama...
SIAKAP
Siakap adalah antara sasaran popular di kalangan kaki pancing.
Pelbagai cara, teknik dan petua digunakan oleh kaki pancing untuk menumpaskan
spesies ini. Namun begitu bukan semua kaki pancing yang dapat memenuhi
hajatnya. Ianya banyak bergantung kepada usaha, pengalaman, teknik dan juga
rezeki. Di sini saya selitkan sedikit info untuk panduan kita semua. Ini pun
saya peroleh dari pembacaan. Mungkin kita dapat kongsinya untuk pengetahuan
bersama.
1. Pilihlah lokasi terbaik yang mungkin kita sedia maklum di
mana siakap selalu dinaikkan oleh kaki pancing. Siakap selalu mendiami muara
sungai dan kawasan pokok bakau atau pokok nipah.
2. Siakap juga menggemari lubuk. Kita perlu kenal lubuknya,
kerana siakap gemar berselindungi
di sebalik akar, celah batu atau munkin di celah bot karam.
3. Umpan yang sering digunakan oleh kaki pancing biasanya udang
hidup, ikan belanak gewang sama ada melalui kaedah lontaran atau tundaan.
Selalunya kaedah tundaan selalu membuahkan hasil.
4. Mata pancing mestilah yang sesuai dan talinya pula perlu
kekuatan yang tinggi sekita 50 paun, kalau tidak putih matalah anda.
Kadang-kadang mata kail boleh lurus akibat rentapannya.
5. Ikan siakap selalunya dipancing sepanjang tahun.
Tips kedua...
ni cara aku ngail siakap di sandakan. dan
mungkin berbeza dan takberkesan di tempat lain. apa pun, bagi yang ingin
mencuba. dipersilakan.. Semua ini berdasarkan pengalaman dan bual bicara dari
nelayan yang mahir tentang ikan ni..
umpan terbaik untuk pemburu siakap Sg Beruang adalah udang hidup bersaiz jari
telunjuk dewasa atau lebih besar. ada juga pemancing yang guna gewang tapi
jarang benar la dapat. hehehe.. bab casting tu diluar kemahiran aku.
perambut pulak adalah cukup ringkas. ada dua jenis mata kail yang selalu diguna
ia itu mata kail biasa...
dan mata kail tuang atau lebih dikenali dengan hongkong hook.
perambut dari jenis tangsi cuma bersaiz 30lb ke bawah. nak lagi mudah dicakup
ikan, guna lah 15lb ke 10 lb ke. hehehe aku cuma berani setakat 20lb je. tali
tangsi akan disambung terus ke tali utama jenis sulam dengan ikatan yang anda
gemari. FG ke, Albright ke atau uni to uni ke, atau figure of 8 ke atau simpul
manuk boleh juga. hehehe.
pera,but sepanjang 2 depa adalah disyorkan. pendek sikit boleh juga... lepas
dah sambung tali utama dan perambut, masukkan sebiji batu ladung. pastu ikat
matakail.. mudah kan? untuk mata kail tuang, takyah guna mata ladung.. cukup
ikatkan mata kail tu kat hujung perambut.. batu ladung kecik je toksah besar.
biarkan udang tu boleh bawa berenang.. contoh batu ladung ada kat gambar
pertama..
Untuk arus pasang surut dan keadaan air pulak, di lokasi pancingan siakap Sg
beruang, arus pasang atau surut tidak membawa masalah yang penting arus perlu
bergerak perlahan sekadar mampu melayangkan batu ladung. Kalau tiada arus,
udang yang hidup akan menyorok di celah batu dan ini akan membuatkan pancing
kita tersangkut. Air jernih amat diperlukan untuk memudahkan sang ikan terjumpa
umpan. kalau keruh, alamat buntal je lah yang jumpa. Siakap ni kan pemalas.
kalau sukar nak jumpa, mesti dia malas nak round cari.. hehehe..
no contoh atau sample mata kail dan batu ladung yang aku gunakan.. matakail
bersaiz 12 atau 11 adalah disyorkan. memang kurang meyakinkan tapi percayalah.
ini lah rahsia nelayan Teluk labuk dalam menawan sang siakap mega..
Tips ketiga....
Contoh.. Rapala Husky/Husky Jerk/Original
Floating/Countdown/Shad rap, Nils Master Invisible/spearhead, Rebel Minnow,
Bomber 'long A' dll
Jika suasana air sungai tempat berlainan.. agak kekuningan atau coklat sedikit.
Warna sesuai adalah gewang berasas warna coklat/ gold/kuning/oren. Kiasan warna
coklat/gold/kuning/oren dlm kondisi air coklat/kekuningan akan menghasil efek
'natural' jugak pada gewang.
Jika sungai itu berair 'hitam' dan agak gelap.. dan bila diuji dgn tapak tangan
seakan warna nescafe o cair. Gewang warna 'aussie style' spt pink, biru terang,
fire tiger agak sesuai. Tp kegemaran individu kawe, memilih biru terang atau
pink utk menduga air begitu. jika gewang cetek (shallow diver) kawe pilih biru
dan jika dalam pilihan Pink @'Elton John' (deep diver). Warna2 gewang aussie
mmg terang2/shining. Ini kerana mat saleh aussie..berpegang prinsip 'Action is
everything'. Sbb itu diorang mmg sengaja mengenakan warna yg melawan hukum
'natural'. Setau kawe Dave Killalea 'Killalure' yg mulakan trend ini utk
mengatasi gewang finland yg dominasi pasaran Aussie pd awalnya spt Rapala &
Nils Master.
Contoh air yg sememangnya patut lupakan niat casting kakap- Air teh tarik dan
Kopi susu! Jika air begitu gewang2 apapun bergantung luck semata2!
Tp itu cuma panduan utk pilih gewang. Bab casting kakap bermula dari 'tgk air'
utk tau selera ikan. Lepas tu mengesan kakap bermain dan tempat die menghendap.
Plg best jika dgn die mnghambur dan menangkap anak ikan. Jika nak tau bunyi
kakap menangkap.. ada bunyi 'Boof!!'. Dan ada gewang Mann's utk kakap (rupa mcm
Mann's Stretch).. 'Dr. Boof Bait'.
Mancing kakap mmg kena usaha lebih sket, sbb susah mancing dgn semata2
bergantung pada nasib. Kena rajin dan disiplin utk ikut waktu air. Sifu kawe
dulu cakap...'mung nok ngail kakap, mung kena belajor dulu berfikir macam
kakap!'.
warna air jugak bleh mempengaruhi warna sisik kakap putih. Dari warna pun bleh
anggarkan kualiti daging kakap putih.
kawe utk kakap.. 16-18lb mono. Jgn pilih tali jepun kerana diameter kecik x
tahan geseran. Kawe pilih Maxima 'green' kerana lasak. Legend2 kakap Ganu
selalunya fanatik dgn tali 'cap ikan kuning' kerana 'kurang spring'. Tali nih
murah aja.. tp otai cuma gunakan utk naikkan dlm 2-3 ekor ikan, dan diorang
buang dan isi baru.
Tali yg baru diisi dlm spool, WAJIB di 'buang spring' dulu utk elak masalah
dimasa depan. Caranya.. selepas isi tali dlm spool JANGAN terus memancing. cuma
pasang ladung.. dan casting la sekurang2 50 kali.. lagi byk lagi bagus. Baru
tali takkan buat masalah spt bihun@birdnest.. lebih2 lagi kat baitcaster. Dan
anda takkan mengeluh dgn tali diameter kasar spt MAXIMA.
Jika anda main casting gewang.. jika anda mmg pemancing aktif. Harus dibuang
dlm hujung dlm 2-3 kaki setiap kali turun. Ini utk elakkan tali injured yg akan
kecewakan anda nanti (sbb masa casting mmg tali akan bergeser dgn pelbagai
struktur). Sbb itu jarang pakai tali yg mahal2.. - silverbarra (edited)
thanks silverbarra N~~
Terima kasih kepada mereka-mereka memberi info ne....Thanks bro....